.:.KATA HUBUNG.:.

Definisi: 

~ Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan

·          perkataan dengan perkataan
·          rangkai kata dengan rangkai kata
·          ayat dengan ayat.

~Kata hubung terdiri daripada dua jenis, iaitu:-

     i) Kata hubung gabungan
     ii)Kata hubung pancangan 
   
~Kata hubung gabungan ialah kata yang menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa atau ayat dengan ayat yang sama sifatnya dan memiliki status yang sama. 
     *dan          *tetapi          *atau          *serta          *seraya
     *sambil     *lalu


     Contoh: Petir berdentum lalu kilat sabung-menyabung.
                  : Orang itu miskin tetapi dia bahagia.
                  : Kakak memandu kereta sambil mendengar radio.



~Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga, iaitu:-
     i) Kata hubung pancangan keterangan
    ii) Kata hubung pancangan relatif
   iii) Kta hubung pancangan komplemen


~i) Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan, antaranya:-
     *walaupun      *kerana      *hingga      *jikalau      
     *untuk            *apabila      *andai


     Contoh: Andai kata engkau menjadi bunga, aku menjadi tangkainya.
                 : Dia dirawat di hospital kerana kemalangan jalan raya.




~ii) Kata hubung pancangan relatif ialah kata yang bertugas sebagai penghubung klausa utama dengan klausa yang kecil. Kata jenis ini hanyalah "yang"




   Contoh: Buah yang tergantung itu paling disukainya.
               : Kain yang terlondeh itu dilucutkan.

~iii) Kata hubung pancangan komplemenn ialah kata yang menghubungkan klausa komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Kata jenis ini hanyalah:-
       *bahawa          *untuk            *supaya

   Contoh: Untuk mencapai kebahagian, kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh.
                      
                : Orang itu memberitahu bahawa penderitaan yang dialaminya semakin parah.