Friday, February 11, 2011


click to create your own

.:.PENGENALAN KATA TUGAS.:.

~Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya.

~ Tiap-tiap jenis kata tugas mempunyai peranan tertentu, jika ia tidak hadir dalam sesebuah ayat, sama ada akan merosakkan ayat tersebut atau mengurangkan maksud-maksud tertentu.


~Tidak seperti tiga golongan kata yang lain dalam bahasa Melayu, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif, kata tugas tidak berfungsi sebagai inti sesuatu frasa.


~ Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan.

~Oleh itu, dari segi kehadiran kata tugas dalam ayat, dapat dibahagikan kepada empat, iaitu:

1.           Sebagai perkataan yang menghubungkan ayat dengan ayat (kata hubung)

2.           Sebagai perkataan yang hadir di hadapan ayat atau klausa (kata praklausa)

3.           Sebagai perkataan yang hadir di hadapan frasa (kata prafrasa)

4.       Sebagai bentuk perkataan yang hadir selepas perkataan-perkataan tertentu (kata     pascakata)
                                        JENIS-JENIS KATA TUGAS