.:.KATA PRAFRASA.:.

~ Yang agak besar jumlahnya dan kerap menimbulkan masalah ialah golongan yang ketiga  iaitu kata prafrasa.

~ Jumlah subjenis golongan ini ialah lapan, iaitu:-
       1) kata bantu                      2) kata penguat
       3) kata penegas                 4) kata nafi
       5) kata pemeri                   6) kata sendi nama
       7) kata arah                       8) kata bilangan

~Bukan sahaja jumlah subjenisnya yang banyak, tetapi jumlah perkataan dalam setiap subjenis juga banyak dan hampir semuanya mempunyai kekerapan yang tinggi dalam bahasa Melayu.
~Kata sendi nama, misalnya terdiri daripada satu jumlah yang besar dan kompleks, dan para pelajar selalunya akan  keliru tentang penggunaan kata nafi serta kata pemeri.

   1).:.Kata Bantu.:.

~ Kata bantu ialah perkataan yang hadir di hadapan kata kerja dan kata adjektif untuk memberikan maksud tertentu. 
~ Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu, iaitu:-

i) Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau:-
         *telah             *sudah             *pernah





        ~ Bagi perbezaan masa, iaitu masa kini:-
         *sedang          *masih


        ~ Perbezaan bagi masa hadapan, iaitu:-
         *akan               *belum
        ~ Contoh: Kami akan ke Kedah pada hujung bulan ini.
                        
                 
ii) Kata bantu ragam pula menyampaikan maksud ragam perasaan, misalnya:-
         *hendak        *mahu        *harus         *mesti
         *boleh           *dapat


       ~ Contoh: 1) Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.
                        2) Kamu mesti bayar sewa rumah hari ini.
                        3) Kanak-kanak itu hendak makan nasi.
                        








 2).:.Kata Penguat.:.

~ Kata penguat ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata adjektif untuk menguatkan maksudnya.
~ Kadang-kadang kata penguat boleh juga hadir di belakang kata adjektif.
~ Contoh kata penguat ialah:-
             *paling            *agak            *terlalu
             *amat              *sangat         *sungguh

~Contoh dalam ayat ialah:-
            1) Karangan Anita sangat baik.
            2) Cantik sungguh lukisan ini.


     3).:.Kata Penegas.:.

~Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. 
~Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:
             1.  Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya.
                 Contoh kata penegas jenis ini ialah –kah-tah, dan –lah.

             2.   Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, 
       Contoh kata penegas jenis ini ialah  jugajuapunsahajalagihanya,            memang.

~ Contoh kata penegas dalam ayat:

1. Hanya Ali yang telah sampai ke rumah.
2.     Inilah rumah saya .



      4.:.Kata Nafi.:.

~ Kata nafi hadir di hadapan frasa predikat untuk menafikan maksud yang terkandung dalam frasa tersebut.
~ Terdapat dua kata nafi, iaitu tidak dan bukan. 
~ Syarat-syarat penggunaan kata nafi: 
              i) Kata nafi bukan hadir di hadapan frasa atau kata nama dan frasa atau kata               
                       sendi nama, seperti ternyata dalam contoh yang berikut:

1.     Encik Ahmad bukan guru sukan kami.
2.     Dia bukan dari sekolah asrama penuh.

    ii) Kata nafi tidak pula hadir dalam ayat yang frasa predikatnya terdiri
              daripada frasa / kata kerja dan frasa / kata adjektif, seperti dalam ayat-ayat yang 
              berikut:

1.     Tetamu dia tidak datang.
2.     Pelajar itu tidak cergas sangat.



    5.:.Kata Pemeri.:.

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. 
~ Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu:
               1.  Ialah, yang hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya. Contohnya:
   i.  Dia  ialah angkasawan negara.


          

              2. Adalah, yang hadir di hadapan prediakt yang terdiri daripada frasa adjektif dan   
          frasa sendi nama. Contohnya:

         a)  Dengan predikat frasa sendi nama
   1. Sumbangan yang terbesar adalah daripada penduduk-penduduk             kampung tersebut.



         b)  Dengan predikat frasa adjektif
       1.Cadangan para pelajar itu adalah sangat baik.




    6.:.Kata Sendi Nama.:.

~ Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.  
~ Jumlah kata sendi nama dalam bahasa Melayu agak banyak, masing-masing dengna cara         penggunaan tersendiri.
~ Kata sendi nama adalah antara perkataan yang menjadi masalah bagi para pelajar.
~ Berikut disenaraikan kata sendi nama dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan.



      Di
       Bagi
    Umpama
      Hingga
      Ke
       Demi
    Sejak
      Antara
      Dari
       Untuk
      Terhadap
       Dengan
     Daripada
       Tentang
       Akan
       Dalam
      Kepada
       Seperti
       Oleh
       Pada




   7.:.Kata Bilangan.:.

~  Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
~ Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

Jenis Kata Bilangan
contohnya
kata bilangan tentu
satu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan talk tentu
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahan
suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahan
setiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunan
kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkat
pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanya
berapa



Jenis Kata Bilangan
contoh dalam ayat
Kata bilangan himpunan
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.
1. satu,dua tiga, sepuluh
2. Dua ekor kambing.
3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad
4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tak tentu
1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu.
1. segala, semua, para, beberapa, seluruh
2. Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan tingkat
1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.
1. pertama, kedua, ketiga
2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.
Kata bilangan pecahan
1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.
1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus
2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan
1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.